27/12/2011
07:07 am
assalamualaikum..wbt..
sejak kebelakangan ni, saya selalu terfikir pasal ni..
bagaimana seseorang manusia itu melihat dan menilai..
kejayaan atau kegagalan dalam hidup mereka..
ada yang melihat diri mereka berjaya sekiranya..
punya duit atau harta yang melimpah-limpah..
boleh memiliki rumah dan kereta yang mewah..
yaa...mungkin juga benar..
bergantunglah kepada cara mereka menilai hidup ini..
serta apa yang mereka mahu capai dalam hidup ini..
tapi...
ada juga yang merasakan bahawa..
definisi berjaya dan gagal dalam hidup ini sangatlah luas..
dan lebih dari sekadar itu..
bagi mereka
apalah ertinya punya harta yang menggunung..
bila dalam diri merasa bahawa RM50 tu terlalu banyak..
jika disumbangkan ke masjid, rumah kebajikan orang tua mahupun anak yatim..
apalah ertinya punya harta yang bertimbun..
dan mampu menderma duit berpuluh-puluh ribu..
tapi setiap kali menderma..
wajah mereka terpampang di dada akhbar mahupun di kaca tv..
bagi mereka...
kejayaan yang paling bermakna dalam hidup adalah..
bila mampu memberi manfaat kepada orang lain..
bila mampu buat orang tersenyum bahagia..
bila mampu menyentuh hati orang lain..
bila mampu memupuk kasih sayang dalam diri orang lain..
bila mampu menghadirkan keinsafan pada orang lain..
bila mampu mendekatkan orang lain kepada Allahu Rabbi..
bila dalam hati sentiasa ada rasa syukur pada setiap nikmat yang dikurnia..
redha serta bersabar bila diuji..
kita daripada golongan mana?
ingatlah..
kita yang memberi nilai pada hidup kita..
apa yang orang lain lihat gagal..
tidak semestinya gagal pada pandangan kita dan Allah SWT..
apa yang orang lain lihat sebagai berjaya..
juga belum tentu berjaya di pandangan kita mahupun Allah SWT..
jadi..
tanya pada diri kita..
apakah erti berjaya dan gagal dalam kehidupan yang cuma sekejap ini?